Gula Batu Redakan Batuk
Tidak kira kanak˛mahupun dewasa,apabila diserang
batuk pelbagai cara dibuat untuk meredakan penyakit itu. Cucu
boleh menggunakan petua ini. Rendamkan beberapa ketul kecikl gula
batu, getah anggur dan kembang semangkuk ke dalam jag berisi air
masak yg sudah disejukkan. Biarkan selama selama semalaman atau
seelok-eloknya embunkan seketika pada dinihari.Berikan ia minum kepada
orang yg batuk sekerap mungkin . Insya-Allah etua ini sangat baik untuk
meredakan batuk yg tidak serius. Kalau batuk yg serius, berjumpalah
doktor.
Inai Serikan Muka Selepas
Bersalin
Jika anda menghadapi masalah muka pucat
selepas bersalin, ambillah beberapa ranting daun inai dan
bersihkan. Caranya , rebus daun inai menggunakan api sederhana hingga
mendidih. Minum airnya segelas pada waktu pagi dan malam. Amalkan dua
atau tiga hari semingu. Insyaallah wajah ibu itu akan kembali ceria dan
berseri-seri.
Mata Tidak Pedih Jika Kupas
Bawang
Biasanya apabila mengupas bawang merah,
mata rasa pedih dan berair. Untuk mengatasi mesalah ini, rendamkan
bawang terlebih dahulu kedalam besin berisi air. Kemudian barulah
anda barulah mengupas kulitnya. Insyaallah, tiada lagi masalah pedih mata
hingga berair seperti orang menangis.
Menguatkan Badan
Sekiranya anda sering pening kepala atau
demam bila terkena hujan, bolehlahcuba petua ini. Ambil sehelai dua daun
poko Hempedu Bumi. Pokok ini juga dikenali sebagai sebagai Daun
Cerita. Selepas itu, rendamkan di dalam secawan air panas. Biarkan hingga
ia sejuk, kemudian amalkan meminumnya (orang Islam gigalkkan
berselawat 3 kali). Insyaallah, badan anda rasa lebih sihat dan
kuat.
Buah Pala Boleh Legakan
Bengkak
Apabila terlanggar benda keras, bahagian
itu akan bengkak dan lebam. Jangna bimbang. Ambil beberapa biji buah apal,
parut dan campurkan dengan setengah sudu air. Kemudian sapukan
pada bahagian yang bengkak dan jangan dibalut. Insyaallah dalam sehari dua
bengkak akan hilang. |
Khasiat Manjakani
Bagi ibu yg baru kali pertama melahirkan
anak, luka di faraj tentunya merisaukan. satu cara menyembuhkan luka
dibahagian dalam itu dengan cepat ialah dgn makan buah manjakani yang
diwapkan dalam periuk nasi.Caranya, apabila nasi yg dimasak hampir
kering airnya, bubuh dua biji manjakani diatasnya. Apabila nasi masak,
ambil manjakani yang masih panas dan lembut itu dan makan.
Cantikkan Kulit dengan Air
Kelapa
Di kalangan orang Melayu, ibu yang sedang
hamil disarankan meminum air kelapa. Insyaallah anak yang bakal lahir
nanti tidak terkena ruam lampin dan kulitnya bersih dan cantik.
Dari segi kesihatan, air kelapa mengandungi bahan semulajadi folate dan
potasium yang sangat baik untuk bayi bagi mengelakkan serangan bakteria
dan membekalkan daya ketahanan tubuh.
Khasiat Limau Nipis
Mereka yang sering menghadapi masalah
sakit kepala memang sentiasa rungsing apa lagi jika kepala berdenyut dan
sakit. Ada satu petua yang boleh menghilangkan sakit ini. Caranya ialah
ramas tujuh biji limau dalam semangkuk besar air suam. Tapis air limau
tadi dan lumurkan pada kepala. Biarkan 10 minit barulah dibilas dengan
air bersih. Kesannya, kepala anda berasa sejuk dan lebih segar. Petua
ini seelok-eloknya diamalkan pada sebelah petang. Cubalah.
Daun Durian Belanda Halau
Tikus
Selain membawa kuman dan kotoran, tikus
boleh merosakkan perabot dan pakaian. Untuk menghalau tikus, letakkan
beberapa tangakai daun Durian Belanda pada tempat yang biasa
didatangi tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Dua tiga
hari selepas itu, tikus akan hilang dan tidak akan datang lagi.
Akar Bunga Matahari Ubati Batu
Karang
Penghidap batu karang boleh mencuba petua
ini. Ambil sebatang pokok bunga matahari bersama-sama akarnya. Potong
batangnya kira-kira setengah cm dan cuci bersih. Akar itu dimasak
hingga memndidih hingga airnya tinggal kira-kira segelas. Angkat dan
dinginkannya. Boleh juga ditapis. Minumlah air itu selama 5 hari hingga
rasa sakit hilang. Cubalah. |