Dalam Laman Ini ... Terdapat Beberapa Cerita Lawak Sama Ada Ianya Dipetik Daripada Sumbangan Rakan-Rakan atau Nukilan Saya Sendiri. Diharap Cerita-Cerita Tersebut Dapat Menghiburkan Anda Semua.
Sila Klik Pada Menu Kisah Di Bawah.
| Kisah 1 | Kisah 2 | Kisah 3 | Kisah 4 | Kisah 5 | Kisah 6 | Kisah 7 | Kisah 8 | Kisah 9 | Kisah 10 |
| Kisah 11 | Kisah 12 | Kisah 13 | Kisah 14 | Kisah 15 | Kisah 16 | Kisah 17 | Kisah 18 | Kisah 19 | Kisah 20 |
| Kisah 21 | Kisah 22 | Kisah 23 | Kisah 24 | Kisah 25 | Kisah 26 |
ANAK KEMBAR
Date: Mon, 18 Jun 2001 16:23:08 +0800
4 org ayah
sedang menuggu di bilik menunggu hospital, sementara
isteri
masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.
kemudian keluar
nurse dan memberitahu ayah yang pertama "tahniah
kamu
sekarang,telah
menjadi ayah kepada kembar dua"
"mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama.
"saya bekerja kat KLCC".
Kemudian keluar pula nurse yg lain dan
memberitahu ayah
kedua,"Tahniah!,
anda mendapat anak kembar
tiga"
"Woou!!mungkin kebetulan" kata ayah kedua. "saya bekerja di
3M
Corperation".
keluar pula nurse lain dan memberitahu ayah
ketiga"Congratulation!,
isteri
anda dapt kembar
empat".
"Alhamdulillah,mungkin juga satu kebetulan!. saya bekerja
dekat
carrefour".kata ayah ketiga.
Pada masa ini ayah keempat
kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
Kesemua ayah yang sedang menuggu
itu bertanya "kenapa risau sangat?"
Jawab ayah yg keempat
"Saya..............saya bekerja
di
Seven-eleven!!!"...
hihihi!!
ps: moral.. banyak anak murah
rezeki...
TIANG BENDERA
Tiang Bendera
Seorang bapa menyuruh anaknya segera pergi
tambat lembu. Anaknya enggan kerana hari masih terik.
Pak: Awang pi
lekaih.
Awg: Sat la pak
Pak: Piiiiiii aku tampaq satgi..
Awang pun
pergilah. Tapi dalam hati merungut apasal bapa sangat marah. Lepas tambat lembu
dia pun balik.
Tiba tiba:
Pak: Makhang...telaga
dalamnya
Mak:Pakhang...ukoq ka...
Pak: Makhang macam lalang
kerin
Mak:Pakhang macam tiang bendera
Seketika kemudian.
Pak: Hang
tambat kat mana?
Awg: Tiang bendera pak!!
Pak: Nak makan apa situ?
Awg:
Lalang kering
Pak: Menatang budak niiiiiii..
Pak ligan Awang pun
cabut
D'N
*ikut loghat Kedah
HADIAH HARIJADI
Hasan Jendul nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih
barunya, Mek Ayu. So si Hasan ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya
untuk
temankan dia shopping kat Sogo. Oleh kerana Hasan Jendul dan Mek
Ayu
baru dua bulan berkawan jadi si Hasan Jendul membuat keputusan
untuk
membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru saje, supaya
taklah nampak dia
beriya-iya sangat. Adik sepupu Hasan pulak pegi
beli satu seluar dalam hitam
berbunga-bunga baru sebab ada sale
hari tu. Masa membayar, dengan tak sengaja
cashier dah tertukar
kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik
Hasan
Jendul! Selepas membayar Hasan Jendul pun terus pergi kaunter
hadiah
dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia
balik ke rumah dan
tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya
bersama hadiah yang dah
tersilap tu.
(Dan surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie);
Istimewa
untuk kekasihku Mek Ayu, San pilih hadiah nie kerana Ayu tak pernah pakai bila
kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab pasal
adik sepupu San, San dah nak
beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak
lembap sangat. Tapi San
tengok adik sepupu San pakai yang ada bunga tu nampak
cantik pulak.
San pilih warna hitam tu supaya tak nampak kotor. Promoter yang
jual tu
tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje.
San
suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu
je.
Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka sebab San rasa memang
sesuai
dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan San. San
harap
Ayu akan pakai untuk San hujung minggu nie. Salam sayang untuk
kekasihku,Mek Ayu.
Yang amat menyintai dan menyayangi dirimumu,
Hasan
Jendul
P/S : Kalau Ayu nak pakai, San nampak stail terbaru ialah dengan
melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut.
So guys, plizz
take note ....
#1 Jangan tergesa-gesa kalau buat apa-apa tu. Biar lambat
asal.... selamattttt !!!! :)))
#2 To handle yourself, use your head, to
handle others, use your
heart .... ALWIZZ REMEMBA THAT !!!
TELUR MASIN
Cerita ini berlaku dalam tahun 1997 di bandar Kuala
Terengganu.
Dipendekkan cerita... datanglah dua orang lelaki mat salleh
(seorang berkulit putih
dan seorang lagi negro)ke bandar Kuala Terengganu
untuk menikmati keindahan negeri Terengganu
sempena dengan Tahun Melawat
Terengganu 1997. Setelah tiga hari mereka
berada di Kuala Terengganu mereka
pergi ke Pasar Kedai Payang untuk membeli telur untuk
makan
tengahari.
Di Pasar Kedai Payang...
mat saleh : i
want to by an eggs...
penjual : mender?? (apa?)
mat saleh :
eggs...eggs...i want eggs..
penjual : nok mender?? mak cik dok fahang
nih..
mat saleh : egggsss....eggsss...
penjual : mak cik katerr dok
fahang...dok fahang ahh..
Oleh kerana terlalu berang dengan mak cik
(penjual)
yang tidak faham english maka, mat saleh (kulit
putih)
telah menunjukkan 'telurnya' kepada mak cik tadi..
penjual :
ooo..kabo lah nak beli telurr...
Mak Cik itu pun bagi lerr telur kat mat
saleh dua owanng tadik.
Oleh kerana terlalu lapar dan terlalu berang dengan
peristiwa di Pasar
Kedai Payang tadik...maka mat saleh dua owang tu pun makan
dengan banyaknya
tengahari tu. Nak dijadikan cerita..telur yang mereka beli
tadik punn habiss
dan mat saleh (kulit putih) pun menyuruh negro pulak pegi
beli telur kerana
dia dah tak sanggup lagi nak mengahadapi mak cik tadi. Maka
dengan berat hati
negro tu pun pergilah beli telur kat Pasar Kedai Payang
ngan mak cik tadi.
negro : i want to buy an eggs...eggs..
penjual :
menda?? menda?? nak beli menda??
negro :
eggs...egss...eggsssss...
Tiba-tiba negro tu pun teringat lerrr masa dia
ngan kawan dia beli telur tadik.
Dengan penuh yakin dan 'konfidennya' negro
tersebut menunjukkan 'telurnya' kepada
mak cik penjual
telur.
Maka dengan penuh yakin dan 'konfidennya' juga mak cik penjual
telur tu pun
memberikan telur masin kepada negro tersebut. Apa lagi...
tergezut beruklah negro tadik
kerana telur yang dibelinya tidak sama dengan
telur yang dia dan kawan dia beli
tadi....
muakakakakakaka...
TELUR GAJAH
Arakian suatu hari,tersebutlah kisah mengenai Tuan John yang berada di
negara India...Tuan John merupakan seorang penjelajah yg sentiasa kesana
kemari,dalam mengumpulkan harta kekayaan...
Semasa berada di India,ketika
kapalnya berlabuh di pelabuhan,Tuan John ternampak sebiji buah kelapa sedang
terapung-apung di tepi kapalnya,lalu Ia bertanya kepada budak
suruhannya..
"Wahai Syam,apakah gerangannya buah yang terapung-apung di atas
air itu? '"Oh itu tuan...itu adalah telur gajah tuan..."
"Ia kah?..."Ia
tuan...kalau tuan mahu saya boleh ambilkan,dan tuan boleh Eramkan telur itu
tuan..."Baiklah,kalau begitu,ambilkan aku telur gajah itu...
Tuan Johan sgt
suka hati kerana mendapat buah kelapa yang disangkanya telur gajah itu...ketika
sudah mandi,Tuan John yang hanya memakai Kain sarung telah meletakkan buah
kelapa itu didalam
kainnya...Ketika Tuan John asyik dgn buah kelapa
itu,Ani(orang gajinya) ternampak dan bertanya kepada Tuan John..."Apa yg tuan
buat itu?..."Oh,saya sedang mengeramkan telur gajah yg saya
jumpa
dipelabuhan tadi..."ia kah tuan?...Ya! "Boleh kah saya tengok
telur gajah itu tuan? tanya ani lagi..."Boleh,tapi kau kenalah merasa nya
didalam kain saya ini..."Baiklah tuan...
Ani pun memasukkan tangannya didalam
kain sarung Tuan John..."Oh tuan,telurnya sudah menetas tuan!...saya sudah dapat
rasa belalainya tuan..KERAS!..Eh..eh Tuan...ada dua telur la tuan,tapi tak palah
tuan
saya rasa mungkin anak kembar tuan..."Tuan John tersipu2,sementara Ani
merasa seronok kerana dapat merasa sendiri telyr gajah yg baru
menetas..Sekian..Wal Hikayat....
IMAM BARU
Ada seorang pemuda yang bermusafir. Pada suatu hari beliau
tiba disebuah kampung pada ketika samar-samar senja. Ketika itu waktu Maghrib
hampir tiba.
Beliau mengambil keputusan untuk singgah si surau
dikampung tersebut untuk menunaikan solat Maghrib. disurau terdapat beberapa
jemaah sedang menunggu untuk menunaikan solat. Si pemuda ini pun terus menukar
pakaian dan mengambil wuduk dan seterusnya menyertai para jemaah untuk
solat.
Setelah beberapa ketika sipemuda ini pun berkata "Bukankah dah
masuk waktu ni... kenapa kita masih belum solat?"
"Kita sedang menunggu
Imam" sahut salah seorang jemaah.
Setelah beberapa minit menunggu dan si
Imam tidak juga muncul, ketika ini sipemuda pun berkata "waktu dah nak habis,
eloklah kita solat dulu".
Para jemaah bersetuju dan bersepakat untuk
mmemilih sipemuda itu menjadi imam.
Sebenarnya itulah kali pertama pemuda
itu mengimamkan sesuatu solat, namun dek kerana segan, dia tidak beritahu jemaah
lain.
Beliau pun terus mengambil tempat imam dan memulakan solat. "Allah
Hu Akbar", beliau memulakan takbiratulikhram dan diikuti oleh para makmum.
Selepas itu beliau terus membaca doa iftitah.
Kemudian, dengan suara
nyaring belaui terus membaca,"Bismillahhirahmanirahim. Waddhuha. Wallai...".
Tiba-tiba kedengaran makmum dibelakang menyahut'"Subhanallah!". Beliau terus
berhenti membaca dan berkat dalam hati," Mungkin bacaan aku tidak
betul."
Kemudian beliau berdehem sambil membetulkan anak tekak dan memulakan
sekali lagi,"Bismillahirahmanirahim. Waaadhuuhaa. Wall...." Sekali lagi
kedengaran makmum menyahut "Subhanallah."
Beliau terus berhenti membaca
dan berkata dalam hati lagi."Apa lagi yang salah? Mungkin aku perlu nipiskan
lagi sebutan agaknya. Prihatin betul jemaah disini."
Beliau kemudian
memulakan sekali lagi dengan membaca,"Bismillahirahmanirahim.
Waaaaadddhuuuuhaaaa. Wallai..."
"Subhanallah!", sekali lagi makmum
menyahut.
Olahkerana tidak berpuashati, sipemuda terus berpusing dan
mengadap makmum dan berkata,"Kenapa! Apa salahnya. Apa yang tak
betulnya?.
Makmum pula serentak menjawab,"Fatihahnya
mana!"
BABI & KAWAN
pade zaman dulu, ade seko babi. die ade sorang kawan
baik(manusia) yang bernama keter...
pd 1 ari,babi itu meminta rakannya
melukis gambarnya.keter pon menggunakan segala kekreatifan yang ada padanye utk.
melukis gambar kawannye itu....
apabila lukisan itu siap,keter
menyerahkan lukisan itu kpd babi itu. selepas memerhati lukisan tu,dengan
sepantas kilat sang babi itu manampau keter sambil berkata,"lagi sekali ko lukis
gambar aku macam babi, aku bunuh ko".
SEJARAH TUAN PUTERI
Tersebutlah satu kisah di zaman silam, sezaman dengan Zaman
Kesultanan Melaka. Terdapat satu kerajaan yang tidak jauh drpd negeri Melaka
& mungkin akan ditawan oleh Melaka. Negeri itu adalah Negeri Kemdoyong di
bawah pemerintahan Sultan Azlan ibnu Arshad Shah.Sultan Azlan amat risau, akan
keselamatan
negeri beliau akan serangan negeri Melaka terhadap negeri
Kemdoyong. Baginda risau, risau serisau-risaunya.
Baginda tidak mempunyai
bala tentera yang kuat, malah tombak & keris pun diimport daripada Melaka.
Malah Laman web parlimen baginda pun sering diceroboh. Akan tetapi, Baginda
mempunyai seorang puteri yang cantik rupawan,Muka bujur sirih, bibir bak
seludang,memang terpikat semua lelaki memandang,termasuklah lelaki yang dah ada
8 orang anak pun terpikat dengan kecantikan puteri Baginda iaitu Puteri Azalina.
Suatu hari Baginda mendapat idea untuk menguatkan bala tenteranya iaitu dengan
megadakan pertandingan
untuk mencungkil bakat pahlawan
tempatan.Hadiahnya ialah dapat berkahwin dengan puteri azalina.
Berita
tentang pertandingan tersebut tersebar luas sehingga tiba di Melaka, Siam dan
Sulawesi. Maka pertandingan itu pun bermula,ramai rakyat tempatan yang
bertanding,tidak kurang pula dengan peserta drpd negera luar. Ada juga peserta
daripada negeri Melaka seperti Hang Jebat, Lekir, Kasturi, Lekiu turut
bertanding.
Ketika mereka siap sedia, tiba2 seorang tua datang
membisikkan sesuatu kepada semua peserta secara bergilir gilir. Dan tiba-tiba
kesemua peserta menarik diri daripada pertandingan,
walaupun
dihadiahkan Puteri Azalina yang cantik rupawan itu.Maka Sultan
pun hairan dan risau lalu menyuruh Temenggung untuk
menyiasat akan
sebab sebab mengapa mereka menarik diri.
Temenggung pun menyiasat,
& ingin menyampaikan khabar itu kepada Sultan Azlan
Temenggung:
Ampun Tuanku beribu ribu ampun,
Sultan : Ya, temenggung, apa kah
khabar berita itu.
Temenggung: Peserta menarik diri kerana sebab
musabab yang sama tuanku, mereka tidak lagi berminat dengan Puteri
Tuanku
Sultan : apakah sebab itu? adakah puteri beta tidak cukup
rupawan.
Temenggung: Orang tua itu telah mengkhabarkan mereka
bahawa puteri tuanku adalah...
Sultan : Adalah apa????
Teruskan!!!!!
Temenggung: PUTERI UMNO tuanku...
SALAH RENDAM
Seorang pemuda yang akan berkahwin telah mengunjungi bapa
saudaranya yang
juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk
memperolehi sedikit petua.
Pemuda : Pakcik, saya akan berkahwin tidak lama
lagi tetapi saya masih belum bersedia. Apakah nasihat pakcik untuk saya
menghadapai malam pertama?
Pakcik : Malam pertama merupakan malam yang sangat
penting bagi lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang pasti tidak akan
dilupakan oleh isteri kamu.
Pemuda : Bagaimana caranya?
Pakcik : Begini,
kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan
membuatkan isteri
kamu menjerit sepanjang malam pertama. Caranya sangat
mudah.
Pemuda :
Bagaimana?
Pakcik : Begini.. kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam
dalam
air teh setiap malam sehingga malam pertama.
Pemuda : Kalau begini
mudah, sudah pasti saya akan menjadi hero nanti...
Pemuda tersebut balik
ke rumah dan melakukan apa yang disuruh oleh
pakciknya. Setiap malam dia
merendam alat kelaminnya dalam segelas air
teh.
Pada malam pertamanya,
pakciknya juga berada dirumahnya. Tiba-tiba
isterinya menjerit kuat.
Pakciknya mula terfikir akan kehebatan petua yang
diberinya. Pintu bilik
terbuka dan pemuda tersebut keluar dari biliknya
dengan muka yang sedih
sambil menghampiri pakciknya
Pakcik : Kenapa begitu cepat?
Pemuda :
Saya punya memang panjang tapi kenapa hanya sebesar pensil?
Pakcik : Kamu
sudah mengikut petua yang pakcik beri?
Pemuda : Sudah. Setiap malam saya
merendam saya punya dalam segelas teh.
Pakcik : Teh apa?
Pemuda :
Mustika Ratu - Slimming Tea
TELUR REBUS
Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa
tau... Aku baru
berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran
-iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus,
sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang
siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa
berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak
kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba
kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena
menapak.Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah..
akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus
lebih
lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk
makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa
amatlah
kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.Sebelum aku
masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni.
Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang
kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan
isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet
sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini.
Aku pun tahanler...Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa
lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh
lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal
tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan
satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb..aku pun tak
tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi
kurang sikit bau
dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..Tetiba aku dengar bunyi telefon
berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak
tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power
punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan
lepaskan angin taufan tu...PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja
makan dibuatnya...peh lak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku..
aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja
makan aku ni..sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru
bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab
lambat.. lalu dia kata SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain
penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni..Aku buka
le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...ALAMAK!!!
Benda pertama
aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, jadik ipar aku dua
orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan
jiran sebelah rumah rumah
aku pun ada!!.
KISAH MENGARUT
suhu pada pagi itu -8 k.aku terpaksa memakai baju sejuk 8
lapis.rumah aku sudah kelihatan macam peti sejuk la.air paip pun dah beku.dengan
penuh marahnya aku terus keluar ke rumah untuk ke kedai salim membeli sayur dan
rojak buah.sedang aku berjalan seorang makcik tua datang ke arah aku secara tiba
tiba.aku mula rasa seram.tanpa berfikir panjang aku terus menendang kepala
makcik tu sampai terkoyak leher dia.makcik tu terus lari ketakutan.aku terus
bergegas ke kedai salim.sampai saja di sana aku terus membeli sayur dan
rojak.
tak pasal pasal pulak salim taknak jual kat aku.aku geram dan terus
memberontak.aku mengikat salim kat tiang telefon .
salim mula menjerit
ketakutan dan menangis.aku dengan ganasnya melempang perut salim lapan
kali.salim terus menangis namun aku tetap tabah melempang dan menggigit
perutnya.pusat dan tulang belakangnya patah.aku terkejut.salim pun terkejut.pada
masa itu raju kawan salim tiba disitu.raju pun terkejut juga melihat apa yang
berlaku.
lantas aku melarikan diri .setelah melepaskan salim dari ikatan,
raju dan salim mengejar aku.aku lari ke tengah jalan.diorang pun nak ikut
jugak.tiba tiba semua kereta berhenti dan mengejar aku,salim dan raju kerana
mengganggu ketenteraman jalanraya.masalah makin besar,pihak berkuasa mula campur
tangan.tak boleh tengok orang senang sikit,
mereka menghantar FRU dan pasukan
elite khas berserta kenderaan perang dan helikopter untuk mengejar kami.raju
geram dan hilang akal lalu mencampakkan batu bertubi tubi ke arah helikopter
yang kejar kami.tanpa kesedaran dia mencampak salim ke helikopter itu.helikopter
itu meletup bersama salim.melihat letupan itu,semua orang berhanti mengejar kami
kerana penat dan tahu kami sukar nak dikalahkan,..tapi
aku dan raju masih
meneruskan pergaduhan walaupun salim telah mati.setelah lapan jam bertarung kami
penat,selepas itu raju dan aku pun bermaaf maafan.kami kemudiannya hidup gembira
bersama sehingga keakhir hayat.
KEPALA TERSANGKUT
Dulu sebelum aku beli kereta, aku selalu naik bas berulang
alik ke
tempat kerja. Pegi dah le awal, jam 6.30 aku dah mesti ada
dalam
bas, kalau tidak, alamatnya sampai lambat le kat opis. Dah pasti
le
mengantuk kan...Dalam bas, mesti tak lepas punya dari tido.
Satu hari
tu, masa balik dari kerja macam biasa le, aku pun tido le
dalam bas. Bas tu,
pesen tingkap nya ada palang tengah-tengah. Aku
kalau naik bas kat Pudu Raya
tu, dah sah le tido tepi tingkap, lagi
pun kepala boleh sandar kat tingkap.
Lena, jangan cakap le, sebab
perjalanan dari tempat ke ke tempat tinggal aku
ada le sejam. Silap-
silap berdengkur pun boleh. Agak nya punya le aku lena,
sampai
kepala aku boleh keluar dari tingkap. Bila aku tersedar,
aku
cuba nak angkat kepala, tapi tak boleh. Yang herannya,
kepala
aku boleh tersangkut kat bawah palang tingkap. Aku pun control
cun
le, tarik kepala perlahan-lahan dan sambung tido balik di
kerusi. Dah le tu,
pasti aku jadi bahan gelak sebab bas tu dah semestinya singgah
banyak
bus-stop. Bayangkan le, muka-muka kat bus-stop tu dah pasti le
gelakkan aku.
KISAH MENGARUT 2
jam menunjukkan pukul lapan pagi.habisss..aku terlambat ke
sekolah.aku terus masuk kebilik air.aku gosok gigi dengan ganasnya.tiba tiba
berus gigi itu terbenam di kerongkong.aku gelak kesakitan.tanpa mandi aku terus
pakai baju sekolah dan turun untuk bersarapan.tapi sarapan dah habis dimakan
oleh seorang cicak.aku memarahi mereka dengan bernafsu.cicak itu mula
mengalirkan air mata dan berasa insaf.kami berpelukan selama beberapa
minit.
aku naik basikal ke sekolah.dengan kelajuan 150km/j,aku sampai ke
sekolah jua.sememangnya aku terlambat.semua orang dah mula belajar.pagar pun dah
kunci.jadi aku terpaksa panjat pagar sekolah.tiba tiba aku tersilap langkah lalu
perut aku tertikam dipagar.tapi aku cepat cepat melangkah untuk masuk ke
kelas.tanpa disedari,guru besar mengintip aku.
aku masuk ke kelas.cikgu
ramlah terus membelasah aku dengan penyapu dan meja.selepas itu aku duduk terus
untuk belajar..
hampeh ,aku lupa bawak beg sekolah.sekali lagi aku
dibelasah.kali ni cigu ramlah dengan satu kelas belasah aku dengan
riangnya.tangan aku putus,pusat aku patah riuk,gigi aku terkoyak sikit.melihat
keadaan aku yang sadis,mereka meminta maaf dan mula melayan aku dengan
baik.
tiba tiba aku dipanggil guru besar.ini mesti pasal datang lambat.aku
mula ke bilik guru besar di tingkat 8.baru selangkah aku masuk biliknya,dia
terus mengikat aku dan menggigit kuku dan dahi aku.aku menjerit.dia pun menjerit
juga.tiba tiba aku dapat kuasa khas.aku terlepas dari ikatan dan ikat dia
balik.lepas tu aku campak dia ke bawah.dia telah mati akhirnya.mayatnya lepas
itu dikerumuni dan dimakan cicak dan lipan.semua orang tengok kejadian itu
dengan hati terbuka.aku yang masih geram terus balik ke rumah.
dalam
perjalanan tibatiba seorang lipan melempang tulang belakangku.apasal la pulak
dia ni.aku yang tengah geram ni pun lantas menyerang lipan angkuh itu.dia
mengkarate bulu mata aku.aku jerit kesakitan.dia gelak keriangan.aku dengan
buasnya menggigit kerongkongnya.at last mati juga dia.
kemudian dengan
gayanya aku beredar.
sampai juga ku ke rumah.aku terus mandi dan tidur sambil
menanti hari esok.
DARI SANURI..
LAWAN KENTUT
Citer nyer can nie...peristiwa nie terjadi mase aku kecik
ler mase tu umo aku kalau ditambah tolak bahagi punca kuase dua dlm lingkungan
10 tahun...aku nie dok kat johor..so ader ler sekolah agama..aku selalu pi
sekolah naik kaki jerr ngan mamber kamcing aku sorang lagik...ader ler satu ari
tu kan punyer ler aku ngan member aku tu boring..mase tu kite org tengah jalan
kaki nak balik dari sekolah agama...jalan jalan aku cakap kat member aku, oiii
nal aku nak kentut lerr.. pas tu member aku pun cakap gakk... ehh aku pun samer
nak kentut.. pas tu aku cakap ler jom lawan kentut.. member aku tu pun jomm jerr
al maklum ler taim boring..tak tau nak buat aper..so lawan kentut ler..memula
member aku kentut..ermm sebelum tu aku ader taruk syarat kalau nak kentut cuba
paling banyak 3 kali jer..so member aku pun orait jerr..first sekali member aku
kentut dulu..puttt..psss.. kali ketiga dia mengerang nak kuat kan kentut dia
sekali keluo mak iii macam bom skuad USA..kedepottttt...a!
ku punyer nak
gelak sekali aku terpandang..belakang naik merah muke aku..punyer ler tak
perasan ader 3 budak perempuan kat belakang kite org jalan rupernyer..bergelak
sakan dia org.. aku ngan member aku ape lagi bukak langkah 1000 1/2 lari lintang
pukang..nasib baik ler aku tak sempat kentut...aku ngan member aku lari sambil
ketawe bagai di tiup angin sambayu chewahh ...aje ke malu abiss..aku nengok muke
member aku yg kentut tu merah abis...nasib baik ler aku tak sempat kentut..aku
simpan jer kat umah kentut aku tu..selama 3 ari member aku tu digelar kentut
nuklear.. so sekarang member aku tu belajo kat poli pahang dan aku kat
kolej..biler jer dia balik sekali bukak cete tu memang ketawe nyer tak
ilang..ekekekekek lawak tak..miahahah so aku nasihat kan ko org yg nak lawan
kentut tu perhatikan di sekeliling anda pasti kan tiada org di sekeliling anda
sekiah ..wasalam...adios...nukilan..mortal kombat..
BLUES CINTA MERAPU
Dalam kesuraman ultra
lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi,
tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan
berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan
yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora
dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub,penguin,
kambing salji, mee rebus, cendol, koridor,kotak pensil, tali kasut dan pasu
bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain
dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat
liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang
akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua
ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel
1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok
getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa
aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.Aku seperti
tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit
bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku
tiada lagi fungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga
ke rubber- set.Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap
di dalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagai
sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas
helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai
berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT- 1ke ruang angkasa raya.
Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku.
Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada,
aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa
lapang.
Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak
lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu
yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam
untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan
membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak
bersalah.
Mengapa?Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi?
Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku
sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. aku bagaikan terhimpit
dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita
yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung
bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala
harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan
dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT
dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh!
terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.Kini segalanya telah pun
berakhir.
Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi
segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku
juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan
diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak perlu dikesali lagi
kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun
luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu
termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap
menunggu kau akan kembali.
Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks
membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi
kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari
terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka.
Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik
dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan
buahnya kepadamu. Nak tak?..
BLUES DALAM HIDUP KASIM
kasim tinggal di taman purtas.tiap pagi pukul 7 dia akan
jual nadi lemak.nasi lemaknya memang laku dan habis dijual dgn
periuk,sudu,bekasnya sekali.hinggalah pada satu pagi khamis yang sihat, kasin
selema dan tak dapat nak jual nasi lemak.pelanggannya tunggu kasim di kedai dan
semakin tak sabar.akhirnya mereka marah dan memberontak.tunjuk perasaan diadakan
di hadapan rumah kasim.
kasim mula rasa geli dan seram dgn kelakuan
mereka.mereka dengan rakusnya merosakkan dan membakar peti suratnya.apabila
kasim tetap berdiam diri,mereka mula pecah masuk rumah kasim dan menggigit
segala kerusi,karpet,tv,wayar telefon dan paip airnya.kasim melarikan diri ikut
pintu belakang.dia berlari sekuat hati hingga selsemanya sembuh.kasim gumbira
dan terharu dgn perbuatan itu.dia kemudian pegi ke padang permainan untuk
bermain buaian.di situ jugaterdapat sekumpulan budak bermain.tetiba datang
seorang anjing tampan mendekati mereka.pada mulanya anjing itu hanya nak
bermanja dgn mereka tapi ada sorang budak yg dah terlalu takutlah agaknya
tergigit kepala anjing itu tanpa kesedaran.
apalagi,anjing tu pun marah lalu
kejar mereka beramai ramai.
budak tu mula melolong lolong macam orang
gile.kasim benci dgn kebisingan yg menusuk kalbu itu mula bertindak.kasim mula
berhadapan dgn anjing tu dan menempeleng anjing tu dgn sepenuh perasaan dan
menghalaunya.anjing tu menangis teresk esak dan pegi dari situ dengan sayu dan
haru.kasim bangga dgn tindakan kacaknya itu.dia rasa si patut menjadi penangkap
anjing liar.malam tu jugak dia ke taiwan utara untuk ikuti kursus tangkap anjing
liar dan anjing ketua kampung.setelah tamat kursus dia pulang dan terus membuka
gerai snek tupai untuk mencari rezeki.
'Ini adalh pendapat para pembaca
yg jujur,bernas dan straight
forward..'
`cerita ni memang drastik mule
mule,penuh aksi terbang dan mengesot di lantai,tapi bila ending,teruk gile!baik
tukar la cite ni.buat org sakit hati je`
penjual ubat gigi.
rustapa
karim.
kuala lipas,kedah
`oiii!ape citer ni,ko bior betul!nak tulis
biar elok sikit.nanti apa kata masyarakat.teruk betul la.tajuk pun,
100%
jijik la...besok kalo tak puas hati..turun la..
penyangak!
SAPA YANG KENTUT?
Oklah untuk memulakan ceriter kelakar aku nih aku nak bagi
tau yg cerite nih cerite benar atau kisah benar
kalau nak antar kat ruang
kisah benar pon buleh jugak
macam nih benda nih berlaku mase aku
kekecik dulu , mase tuh aku baru darjah tiga
mase kekecik dulu aku
sememangnyer nakal sedikit...cikit jer tak banyak ... keh keh keh ...oklah
cerita nyer macam nih
ader suatu hari tuh aku di sekolah petang tuh ..mase
tuh ader kegiatan koku kat sekolah aku jadi aku ader bersame kawan kawan aku
ader latihan permainnan petang tuh
berlatih lari dalam guni....sedang
aku berlatih tuh tiba tiba aku rase macam nak terkentut jer tapi aku buleh tahan
lagi mase tuh ....
nak jadikan cerita mase wasktu abis latihan petang tuh aku
menumpang kereta cikgu aku ...cikgu Zaiton kalau tak silap aku name dier..bukan
aku sorang mase tuh
ader dua lagi kawan aku dengan sorang lagi cikgu
pompuan
tengah tengah dalam perjalanan balik tuh tetiba aku rase macam
nak terkentut lagi aku cuba tahan lagi..memula okey lagih tuh..pastuh datang
lagi...aduhhhsss ni yg aku tak gemar nih ...aku pon mengambil keputusan untuk
melepaskan juga angin pus pus aku tuh .....tapi aku ader care nak melepaskan
nyer ...aku pun lepaskanlah perlahan lahan ....jadi baunyer mesti korang tahu
bukan camner punyer wangi..he he ..pastu satu kereta pun apa lagi berbaulah
...aku pun pura pura ler tak tahu he he biasak argh kalo ko pun ko tanak ngaku
...aku pun buat buat lah tutup idung aku ..........cikgu aku pun tanyer saper yg
melepaskan angin kencang tadi ...aku tak nak ngaku ....
pastu biler jer
sampai kat rumah aku..aku pun nak keluar kereta lah ...tapi tetiba aku terkentut
tanpa dirancang ..fuh kuat pulak tuh ..ttootootttttttttttt bunyik dier ..aku
punyer ler segan aku sorang jer yg tau ....apalagi kene marah ler ngan cikgu aku
sebab dier dah dapat tangkap yg memula tu aku yg kentut keh keh
keh
ok tak cerite aku mase kecik nih ?
keh keh keh !!
TERKENTUT PINTU
Cita ni berlaku masa aku kat opis. Bagi aku kelakar le, bukan apa...termalu sendiri. Hari tu, bos aku ada buat appointment. So, aku suruh le tetamu tu tunggu kat luar. Dia pun duduk sambil baca paper. Aku pun masuk le bilik bos aku, bagi tau yang tetamu tu tengah tunggu kat luar. Bos aku pun kata ok le, jemput dia masuk. Ntah cammana, aku pun pegi le ke pintu, ntah...perasaan apa ntah...aku pegi ketuk pintu tu, bukannya aku pegang tombol pintu. Tak tahu le kuat ke tidak...ada le dua kali kot aku ketuk pintu tu. Mak oi, malunya aku. Aku tak pandang belakang dah, tak tahu le bos aku dengar ke tak. Kalau dia dengar, mesti dia kata aku buang tabiat, hehehehe... Bos aku tu kira bos baru aku le, jadi aku tak kenal sangat dengan dia, dan aku pun baru gak kerja kat situ. Bukan saja ketuk pintu tu berlaku hari tu aje, tapi selang beberapa hari tu pun aku buat begitu gak, tak ke malu...
PENCALONAN AKHIR MUZIK-MUZIK 2000
1. Kejoraku Bersatu Kita Teguh Bercerai
Kita Kahwin
Lain.(Kumpulan Mencari).
2. Saya Anak Warga
Jakarta.(Kumpulan
Sabun).
3. Aku Cinta Padamu-versi Indonesia
(Siti
Nurhalinggam.)
4. Dalam Diam Aku Terbukak Puasa.(Kumpulan Setin.)
5.
Sailormoon.(kanak-kanak tahun 3 Ciku).
6. Ultraman Tiga!(Siti
Nurhalinggam
berduet dengan Jamal Abdullaah.)
7. My Heart Attack
Will Go On.
(Siti Nordiana Din-name glamernye,
Syiling Dion.)
8.
Negaraku.(Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.)
DOA QUNUT
Dalam sebuah kampung, tinggal dua orang saudagar yang
miskin dengan harta benda.Saudagar tersebut adalah Ujang dan Kudin.
Ujang
adalah nama singkatan daripada Uban JANGgut, manakala Kudin nama singkatan
daripada KUku alaDIN.Mereka telah berjanji untuk bersama-sama mencari pekerjaan
untuk mencari rezeki.Akhirnya, Ketua Kampung, kampung Uku telah mengambil mereka
sebagai pekerja.Ujang dan Kudin pun sangat gembira kerana mendapat pekerjaan
yang amat lumayan.Ketua Kampung tersebut dikenali sebagai Tok Janggut.Tok
Janggut telah memberitahu mereka bahawa gaji mereka dalam sehari ialah RM100.00
tunai.Ujang telah mendapat pekerjaan sebagai mengira bulu kambing manakala Kudin
mendapat pekerjaan sebagai menunggu ayam jantan bertelur.
Walaupun begitu,
mereka terpaksa bekerja untuk mencari rezeki.Akhirnya mereka telah dilepaskan
oleh Tok Janggut sebab pekerjaan yang mereka lakukan itu tidak mendatangkan
hasil.Mereka pun merantau kembali dengan rasa yang sedih dan hampa.
Pada
malam Jumaat itu, mereka telah terserempak dengan orang kampung yang
samseng-samseng.Salah seorang daripada mereka ialah Lamin."Hoi, orang miskin!Apa
kau buat kat kampung aku ni, hah!!!" kata Lamin.Ujang pun berkata, "Kami berdua
nak merantau cari rezeki". "Cari rezeki?Rezeki apa...?"kata seorang lagi
daripada orang kampung yang samseng itu.Ujang dan Lamin pun berdiam diri
saja.Orang samseng itu pun amat marah dengan mereka sebab pertanyaan yang mereka
ajukan itu tidak di jawab.Lalu mereka pun memukul Ujang dan Lamin.
Ujang dan
Lamin telah diselamatkan oleh seorang Tok Guru.Ujang pun menceritakan peristiwa
yang berlaku kepada Tok Guru itu.Lamin pun berkata, "Boleh tak Tok Guru ajar
kami ni bersilat?" "Boleh dengan syarat, kamu tahu tak baca doa qunut?" kata Tok
Guru itu. "Tahu, nak yang pendek ker panjang?" kata Ujang dan Lamin. "Semualah
sekali!!!"kata Tok Guru itu pulak."Baiklah, kalau pendek bunyinya 'Qunut' kalau
panjang bunyinya 'Quuuunuuutttt'.......
CITER SERAM
Di dalam sebuah kampung tinggal dua orang yang bersahabat
baik bernama Pok Lan dan Fauzi. Kedua-dua orang sahabat ini sangat rajin bekerja
dari pagi hingga ke malam, dari malam hingga ke pagi..
Pada suatu
hari terfikirlah Pok Lan untuk pergi bercuti sambil merehatkan fikirannya yang
semakin lama semakin buntu dengan beban kerja yang dihadapinya. Maka pada malam
itu berkatalah Pok Lan pada Fauzi.. " Zie! aku rasa dah sampailah masanya kita
untuk bercuti, rehatkan fikiran... apa pendapat engkau?"
"Elok sangatlah
tu... Kemana kita?" Jawab fauzi dengan bersungguh-sungguh. "Aku rasa baik kita
pergi ke hutan... sambil melihat alam semulajadi, boleh gak kita cari-cari
tempat untuk memancing..!" sambungnya lagi sambil memikirkan ketenangan yang
akan mereka kecapi setelah berada di sana nanti.
Setelah mencapai kata
sepakat maka pada hari minggu berikutnya bertolaklah mereka ke hutan untuk
memenuhi hajat yang terpendam di hati mereka. Kira-kira matahari segalah di atas
kepala, sampailah sudah mereka di pinggir hutan berhampiran dengan sebuah sungai
yang agak lebar dan dalam airnya. Terus saja ia menyusuri sungai itu masuk ke
dalam hutan.
Sekian lama berjalan, belum juga sampai ke tempat yang
hendak ditujunya. "Dah lama sangat kita ni Lan!.. bila kita nak sampai?"tanya
Fauzi yang mula curiga. "Sebenarnya aku pun kurang pasti gak tempat tu... tapi
kalau tak silap aku ada satu tempat yang cantik dan ada air terjun disebelahnya.
Itupun dulu aku ikut bersama bapak aku menjerat rusa, terjumpa tempat tu."Pok
Lan pun mula tak sedap hati.
Hari hampir gelap,lalu mereka mengambil
keputusan mendirikan khemah di suatu tempat yang agak lapang berhampiran situ.
Setelah siap, mereka hidupkan unggun api dan memasak makanan untuk santapan
malam itu. Kawasan hutan memang cepat gelap berbanding dengan di luar
sana.
Setelah menjamu selera mereka, bersandar Fauzi pada tiang
khemah sambil menyalakan sebatang rokok. "Itulah engkau, kalau tak tahu kan baik
cakap tak tahu aje!" Rungutnya pada Pok Lan. Jawapan bisu daripada Pok Lan
kerana dia tahu memang itu salah dia. "Kalau macam inilah suasananya bercuti,
pagi besok baik kita balik aje!" sambung Fauzi lagi.
"Yelah, yelahh..!"
Jawab Pok Lan lalu terus masuk ke dalam khemah. "Tu la engkau, cakap sikit dah
nak melenting."dengan bersahaja Fauzi sengaja meninggikan
suara.
Tiba-tiba terdengar suatu suara mengilai yang sungguh kuat di atas
pokok. "....Hiiii...hiii..hii....hhiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....!! Fauzi tersentak
dan secara spontan mendongak ke atas lalu ternampaklah dia akan perempuan
berpakaian putih, berambut panjang mengerbang, membelakangkannya sambil duduk
berjuntaian kakinya di atas dahan pokok. Makhluk itu terus mengilai dengan kuat
dan mendepa-depakan tangannya menampakkan kukunya yang panjang. Di tangan
kirinya sedang memegang sebiji kepala monyet yang masih berlumuran darah sedang
menitik-nitik ke bawah.
Fauzi menjadi kaku dan tidak dapat hendak
bergerak dan mengeluarkan suaranya. terasa seperti di gam seluruh anggotanya
pada tempat dimana dia bersandar.
Tanpa disangka, pontianak itu berpaling
dan memakukan matanya pada Fauzi seperti memarahinya... matanya yang bulat dan
gigi taring yang terkeluar daripada mulutnya menampakkan kesan darah segar
daripada kepala monyet itu yang baru dihirupnya.
Pontianak itu terus
mengilai dan memberikan senyuman yang mengerikan pada Fauzi yang tidak dapat
berbuat apa-apa kerana terlalu takut. Pontianak itu mencampakkan kepala monyet
kebelakang dan terbang turun perlahan-lahan menghampiri Fauzi dengan tangannya
yang menjulur ke depan seperti hendak mencekiknya.
Semakin dekat tangan
pontianak itu menghampiri leher Fauzi untuk menembuskan kerongkongnya dengan
jari-jari kuku yang panjang dan tajam itu dan ............."PANGGGGG!!"......
satu tamparan hinggap di pipi!..
"Kan mak dah cakap jangan mengarang cerita
seram!!... dah! pergi tidur.... besok nak ke sekolah!" Nisa terus menutupkan
buku dan pergi gosok gigi sebelum masuk
tidur.
Ha..haha......
DI PAGI RAYA
suatu pagi hari raya yang hening lagi dingin tambahan pula
semalam hari hujan.Kawanku Jamilah sedang sibuk menghidangkan ketupat untuk
ayahnya yang tersayang sebagai lapik perut sebelum beliau pergi menunaikan solat
Aidil Fitri.Jamilah membuka tudung periuk kari daging yang di masak ibunya
semalam sebelum dia menyalakan api untuk memanaskan kari
tersebut.
Setelah ketupat di potong maka di panggilkan ayah dan seluruh
keluarganya untuk menjamah sedikit makanan sebelum pergi ke Masjid.Ayahnya
mencecah ketupat pada seketul daging yang agak besar."Hai Milah awat hang boh
seketoi daging macamni lekat kat rengkong naya orang Milah ooi""dak aih cek
potong elok pun kelmarin ca tanya mak"Sambil iti ayah jamilah cupa menggigit
daging yang ternyata liat tetapi manisnya agak luar biasa."Ih Milah ooi liat
lain macam pula tu ca hang di potong lain bagi kecik"Lalu jamilah pun mengambil
dan membasuh daging itu dari segala kuah kari yang membaluti daging itu .Takala
daging itu bersih maka nampaklah oleh jamilah bahawa benda yang di sangka daging
itu adalah SANG KODOK(KATAK)mungkin telah melompat masuk kedalam periuk kari
daging tadi....
LEMBU PANDAI
Pada satu hari dua ekor lembu nak seberang
Jambatan
Maka lembu pertama seberanglah tinggalkan kawan nya dibelakang
maka nasib tak baik si lembu tu termasuk didalam lubang yang terdapat di
jambatan tersebut.
Lembu kedua seberang tapi cuba teka adakah lembu kedua
ini akan tertipu ...tidak apakah langkah pijak yang diambil oleh lembu tersebut
..Lembu sekarang educated Lembu tersebut berpatah balik lah kerana dia telah
melihat kawannya telah patah kaki akibat daripada melintasi jambatan yang
berlubang tersebut.
CITER MERAPU
Seorang lelaki kaya telah dihadapkan ke mahkamah kerana
kesalahan membunuh.Tetapi sebelum Tuan hakim tu menjatuhkan hukuman dia menyuruh
lelaki tersebut membuat permintaan
" Apakah permintaan terakhir awak sebelum
saya jatuhkan hukuman " tanya Tuan Hakim ,
" Saya inginkan hukuman yang
ringan dan singkat " kata lelaki tersebut.
" Baiklah saya akan
perkenankan "
Kau orang boleh agak tak apa hukuman yang Tuan Hakim tu
beri...
Jawapannya bawah ni
KLCC
cerita ni aku tak tau le betoi ke tak betoinye tapi tiu le
yang aku denga. kalau orang yang cerite kat aku tu bohong aku kire aku pun
bohong gak le kat korang sume.
cite die cam gini. mase tu klcc baru aje
di bukak. so takde le ramai sangat yang keje kat situ. tempat pun masih sunyi.
kalau tengok sekali imbas memang menyeramkan. ini le yang terjadi kat seorang
jaga yang bertugas kat situ mase shift malam.
denga cite. kisahnye
berlaku pada malam jumaat. mase tu jaga tu tengah buat rondaan kat menare satu.
sepatutnye die buat rondaan berdue tetapi nak di jadikan cite member die sakit
perut pulak. nak ke tandas. so terpakse le die meronde sesorang
diri.
pade mulenye rondaan cam biase aje. takde mende-mende pelik
belaku. naik le jaga tu dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga sampai ke
tingkat yang teratas. bile dah puas ati yang takde ape yang belaku. jaga tu pun
turun la balik ke post die kat bawak. die naik lif. cepat sikit. lagi pun die
dah ngantuk. ingat boleh le tido sekejap.
lif pun turun le dari satu
tingkat ke tingkat yang seterusnye. tibe-tibe sampai tingkat 33... lif tu
berenti. pintu terbukak tapi takde orang pun yang masuk. jaga tu tak kesah le...
lif tu turun kembali.
pade aras 24 lif berenti sekali lagi. kali ni ade
orang yang masuk. orang tu seorang perempuan. usie lebih kurang 20-an. pakaian
kebarung warne merah. jaga tu bertanye le kat pompuan tu samade die buat
overtime ke atau buat ape??? pompuan tu hanye menganguk sahaje tanpe bercakap
sepatah pun...
jaga tu berase sedikit aneh. die beralih ke depan pintu
lif. lif pulak rasenye macam lambat aje nak sampai ke bawah. tibe-tibe jaga tu
terbau bauan yang harum semerbak. bau die tak payah cite le harumnye. tak penah
di bau oleh jaga tu sebelum ni. lame-kelamaan bau tu semakin harum dan memenuhi
seluruh ruang lif.
jaga tu dah mule curiga. die dah mule piki mende-mende
yang tak baik yang akan berlaku. dalam ati die dah mule nak ingat ayat-ayat suci
yang pernag die ingat. tak lame lepas tu die terbau bauan yang lain pulak. bauan
wangi tadi mule hilang sedikit demi sedikit dan di ganti pulak ngan bau yang
membusuk sebusuk-busuknye...
bau tu tak ubah seperti bau pekung dan
bau bangkai tikus. malah kalau nak di bandingkan bau bangkai tikus lagi harum
dari bau ni. jaga tu dah mule berpeluh. hati die dah mule rase takut. naik pucat
muke die bile teringat kembali pompuan yang adek at belakangnye tu... cube-cube
juga die jeling kebelakang tetapi takde ape yang die nampak. ayat hafazan yang
cube di ingat dah kemane ilangnye...
kerane terlampau takut yang
mat sangat. jaga itu memberanikan diri dengan menoleh kebelakang. perlahan-lahan
die menoleh sambil tanagan kemas memegan cota di pinggang. tak sanggup die nak
melihat wajah yang bakal die saksikan. wajah yang mengerutu dan penuh ulat itu
beserte gigi yang tajam dam kuku yng meruncing. bersedie untuk merobek urat
lehernye nanti. segalenye terserah kepade Allah.
dalam mase jaga itu
menoleh kearah perempuan tersebut, ape yang kelihatan pompuan tu menunduk ke
lantai dan rambutnye menutup keseluruh wajahnye... lame juge pompua itu menunduk
ke lantai dan bile mase pintu lif terbuke di tingkat bawah... pompuan itu
mengangkat wajahnye dan terpampang le wajah yang masih cantik dan ayu seperti
sebelum itu. bukan wajah yang hodoh dan penuh ulat.
jaga itu tergamam
melihat perempuan tersebut. jantungnye masih berdegup kencang menanti ape yang
bakal belaku... tibe-tibe perempuan itu menoleh ke arah jaga tersebut dan
tersenyum manis sambil berkate... "sori ye bang... ihihi... saye terkentut kat
dalam tu tadi..." kate perempuan itu sambil berlalu tanpe menoleh
kembali.
WAWANCARA
Oh , kali ni kita menemubual seorang sampah masyarakat yg
paling kerap berulang ke lokap .Dia seorang yg paling bengis dan yg saya paling
respek dia seorang yg amat manja...ikuti temubual ini.
wawancara:
Hi,brader
Max : Hi...apa engko,nak?
wawancara : saya nak mengenali
diri awak yg kerap berulang ke lokap.
Max : Oh! kenapa nak
Tau?
wawancara : Saya kan wartawan macho...
Max : nama saya
hapiz(bukan nama sebenar)berumur 19 tahun(bukan tahun sebenar).
wawancara
: Kenapa pulak nie semuanya bukan benda yg benar, pembohong laa hang nie. Citer
la benda yg benar
Max: Punya pasai akulahh!!
wawancara : iuh! hang
ni ganas noo!.Tapi kenapa hang ni manja ......????
Max : sebab
aku.....sukakan seorang perempuan ..dulu aku tak macam nie...dulu aku tak hisap
ganja ...
wawancara : ish! ruginya ko tak hisap ganja dulu..
Max :
apsal plak....
wawancara : buleh aku rasa skit....
Max : ko
ingatkan ganja tu rasa burger kee!!!rasa ganja tu macam strawberi uh!
manja......
wawancara : Punya Temberang!! ko ingat aku sekolah tadika ke
ko nak tipu aku.....dah lah aku dah bosan laaa layan ko nie buang masa dan minit
jer..
Max : sapa suruh layan aku..... hang laaa silap, banyak artis
nakkan publisiti ,hang layan aku ...Hang layan artis lagi
baguih
Berakhir lahh temubual yg tiada hasilnya . Mari kita
menjawab soalan Bonus yg berharga Rm 120.00
1)Hapiz(bukan nama
sebenar) ialah seorang____________
2)Apakah rasa Ganja dalam petikan
diatas ?
3)Apakah yg menyebabkan Max mengambil ganja?
A.Kerana
perempuan
B.Kerana Mu Malaysia
C.Kerana Budi Ku jatuh
hati
D)Kerana Mu Sephia
Lengkap petikan ini. Saya suka
menemual bual orang kerana...............(tidak lebih 500 patah
perkataan)
sila hantar sebelum tarikh ini(5.5.01)
Cepat hantar
!!Cepatlah Menang
![]() |
|Home| |